1. daftar di website lembaga hasil berkenaan BR1M yang
terkini.
2. Pendaftaran yang baru diterima sekiranya sebelum ini belum pernah
mendaftar, atau ingin mengemaskini butiran maklumat pemohon.
3. Pastikan pemohon mempunyai status kerakyatkan warganegara
Malaysia.
4. Ketua keluarga atau wakil keluarga yang mempunyai pendapatan
kurang daripada RM4,000 sebulan layak untuk membuat permohonan.
5. Warga emas yang berumur 60 tahun keatas keseorangan yang
mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 layak untuk membuat
permohonan.
6. Bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan
bulanan kurang daripada RM2,000 layak untuk membuat permohonan.
7. Perhatian kepada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang
daripada RM4,000 sebulan layak untuk membuat permohonan.
8. Pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak menerima
sebarang elaun layak untuk menerima BB1M berjumlah RM250.
9. Bagi pemohon dalam talian internet, sila tunggu untuk buat
pendaftaran apabila sistem website lembaga hasil bersedia dan akan dimaklumkan
tarikh tertentu untuk berbuat tindakan berkenaan kemaskini butiran permohonan
lama atau pendaftaran baru.
10. Manakala pemohon secara manual, boleh dapatkan borang BR1M dan
membuat pungutan di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara,
Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan
Penerangan serta agensi kerajaan.